Ads Top

Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Kes Tuduhan Khalwat

Pelakon popular, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Menerusi laporan portal mStar Online, pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

“Saya faham dengan pertuduhan. Saya mengaku tidak bersalah,” kata Aliff.

Dalam pada itu, Ruhainies turut membuat pengakuan sama di hadapan hakim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

“Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” ujarnya.

Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama.

Kesalahan berkenaan membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkenaan kes khalwat. Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: mStar Online

The post Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Kes Tuduhan Khalwat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.