Ads Top

Nora Danish Mohon Diberi Ruang, Harap Jangan Sebarkan Berita Tidak Benar & Fitnah Berkenaan Dirinya

Nama pelakon popular Nora Danish baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila kisah penceraiannya dengan Nedim Nazri menjadi perhatian ramai setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sehinggakan selepas kes penceraian itu, terlalu banyak cerita-cerita yang telah dipaparkan sehingga pelakon itu sendiri terpaksa bersuara.

Menerusi kenyataan di akan Insta Story miliknya, Nora berharap agar dia dan keluarganya diberikan ruang untuk bernafas, di sebalik pelbagai cerita yang dipaparkan.

“Latetly pelbagai berita yang tidak sahih tentang Nora menjadi tatapan umum.

“Harap dapat memberi ruang untuk Nora dan keluarga bernafas,” luahnya.

Pada masa sama, pelakon itu turut berpesan agar tidak menyebarkan berita yang tidak betul sehingga ia boleh menjadi fitnah.

“Terima kasih kerana keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik.

“Pada yang segelintir itu, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah ok?,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Nora Danish Mohon Diberi Ruang, Harap Jangan Sebarkan Berita Tidak Benar & Fitnah Berkenaan Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.