Ads Top

Fendy Bakry Teruja Dapat Pegang Watak Lelaki Kaki Judi Dalam Drama Terjerat

Pelakon popular, Fendy Bakry akui teruja apabila diberi peranan membawakan watak seorang lelaki kaki judi dalam drama Terjerat arahan Azmi Hatta.

Fendy berkata, memegang watak sebagai Izham, dia menganggap peranan yang diberikan sesuatu yang menarik dan sarat dengan mesej.

“Dalam drama ini, Izham adalah seorang lelaki yang ketagih dengan kegiatan judi online sehingga sanggup melepaskan pekerjaannya.

“Namun, dia juga sebenarnya bapa yang cukup sayangkan anaknya. Malah, dia sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya itu,” ujarnya.

Terjerat mengisahkan tentang Nadia dan Faliq mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah episod penculikan selama seminggu akibat hutang pasangan masing-masing. 

Nadia dan suaminya, Izham menghadapi pelbagai masalah rumah tangga akibat ketagihan judi online Izham yang membawa mereka ke kancah hutang dengan Ah Long.

Selain Fendy, drama yang ditayangkan di saluran iQIYI itu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Aliff Aziz dan Ruhainies.

Pada masa sama, pelakon itu berharap agar drama berkenaan dapat memberikan pengajaran kepada penonton supaya tidak terjerat dengan perbuatan judi dan pinjaman Ah Long.

“Saya harap semoga drama ini akan jadi sebuah naskhah yang boleh memberi teladan buat semua baik dari segi kehidupan mahupun akhlak. 

“Ambil yang baik untuk kita terapkan dalam diri kita dan menerusi drama ini juga ,kita berharap agar perkara- perkara yang ditonjolkan akan berkurangan di luar sana,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Fendy Bakry Teruja Dapat Pegang Watak Lelaki Kaki Judi Dalam Drama Terjerat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.