Ads Top

Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert Qalam Berkonsepkan ‘Konsert Dalam Pertandingan’

Pernah kecewa apabila Konsert Malai Solo tidak dapat direalisasikan, namun ia langsung tidak mematahkan semangat penyanyi popular Irama Malaysia, Noraniza Idris untuk tampil dalam sebuah konsert.

Baru-baru ini, penyanyi itu mengumumkan dia bakal menganjurkan sebuah konsert yang diberi nama Konsert Qalam selama tiga hari pada 27 hingga 29 September ini di Panggung Bangsawan, Melaka.

Noraniza berkata, konsert yang dianjurkannya itu menampilkan kelainan apabila mengetengahkan konsep ‘Konsert Dalam Pertandingan’.

“Untuk konsert ini, saya menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahan saya nanti.

“Menariknya, koreagrafi bagi kesemua persembahan untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana perlu diadili oleh para juri pada malam konsert tersebut,” ujarnya.

Noraniza berkata demikian ketika ditemui semasa sesi ramah mesra bersama pihak media yang dianjurkan pada minggu lalu.

Jelas Noraniza, pendekatan tersendiri yang dilakukannya itu dibuat bagi menampilkan kelainan, di mana dari segi kandungan ia serupa tetapi koreografi berbeza mengikut hari persembahan.

Dianjurkan sempena sambutan Irama Malaysia Tiga Dekad (IM3D), penyanyi itu memberitahu membabitkan kira-kira 400 peserta pertandingan tarian tradisional di peringkat kebangsaan bagi mengiringinya membuat persembahan.

“Boleh dikatakan apa yang saya buat ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk menghidupkan kembali industri irama Malaysia.

“Lagipun saya rasa sekarang ini saya kena buat sesuatu. Irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang (kena) berani (untuk) ke depan,” ujarnya.

Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM 199 (Masyhur), RM249 (Seri Balas) di laman web Ilassotikets. – KopiPlanet.com

The post Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert Qalam Berkonsepkan ‘Konsert Dalam Pertandingan’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.