Ads Top

Undur Diri Daripada Kumpulan Dolla, Syasya Telah Selamat Sah Bergelar Isteri

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan Dolla, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya ataunama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktör pengunduran Syasya daripada DOLLA.

“Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasukrakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokongkerjaya DOLLA dari awal sehingga kini.

“Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada DOLLA mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasyamendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidaklagi bersama DOLLA,” katanya.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap beritaitu menamatkan segala spekulasi yang beredar.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasyaakan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatanperkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

“Apa yang penting juga, semoga berita gembira inimenghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terusmenyokong kerjaya seni dan karya daripada DOLLA,” katanya.

Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmimereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.

Dalam perkembangan lain, DOLLA berjaya mengharumkannama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuahpertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokaldi China menerusi program Show It All.

Menariknya, aksi lincah DOLLA ketika membuat persembahanmenjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet. – KopiPlanet.com

The post Undur Diri Daripada Kumpulan Dolla, Syasya Telah Selamat Sah Bergelar Isteri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.