Ads Top

Wanita Dakwa Jadi Kekasih Aliff Aziz, Mengaku Sudah Jalinkan Hubungan Cinta Sejak Januari Lalu

Seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa bahawa dirinya merupakan kekasih kepada pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh wanita berkenaan dengan menyatakan hubungan cinta mereka terjalin sejak Januari 2024.

Selain itu, wanita berkenaan turut menceritakan secara lanjut kronologi percintaannya dengan Aliff sehinggalah pelakon itu ditangkap basah dengan Ruhainies Mac lalu.

Dakwa wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine, pada hari Aliff ditangkap bersama Ruhainies, dia sepatutnya berjumpa Aliff di Kuala Lumpur tetapi pelakon terbabit mendiamkan diri.

Sehinggalah selesai urusan di Jawi, Aliff menghubunginya menjelaskan kes itu dan dia mengambil keputusan untuk mempercayai Aliff.

Wanita ini mendakwa lagi, Aliff telah tinggal di rumahnya selama sebulan sehingga shooting drama habis tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan Ruhainies.

Tetapi, Aliff kantoi apabila Sarah Yasmine membaca perbualan dengan seorang wanita yang bernama ‘NRF’ di Whatsapp.

Dalam mesej itu, Aliff dan NRF dipercayai Ruhainies ‘bersayang sayang’ seakan mempunyai hubungan istimewa.

Lebih mengejutkan apabila NRF dikatakan membolakkan hati Aliff terhadap Bella. Dan apa yang dibuat Aliff selama ini adalah untuk melindungi NRF.

Sarah Yasmine dipercayai sudah menghubungi NRF sendiri dan NRF dikatakan mahu mengundurkan diri tetapi tidak. Berasa tertipu, wanita ini tampil mendedahkan isu ini kepada umum. – KopiPlanet.com

The post Wanita Dakwa Jadi Kekasih Aliff Aziz, Mengaku Sudah Jalinkan Hubungan Cinta Sejak Januari Lalu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.