Ads Top

“Nak Kata Sabar, I Dah Sabar Lama…” – Nora Danish Bengang Ubah Suai Rumah Tujuh Bulan Tak Siap-Siap, Terpaksa Tinggal Di Hotel & Rumah Ibunya

Pelakon popular, Nora Danish meluahkan rasa kesalnya terhadap kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja ubah suai rumahnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, pelakon itu memaklumkan sehingga kini rumahnya itu masih belum siap untuk kerja ubah suai, meskipun sudah membuat bayaran 90 peratus kepada kontraktor berkenaan.

“Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90 peratus. Now dah masuk April, nak kata sabar, I dah sabar lama. Memang polis jawapannya.

“Saya dah bayar sejak Ogos tahun lalu. Duduk hotel sudah lebih empat bulan. Sekarang saya tinggal di rumah ibu sejak tiga bulan lalu,” luahnya.

Menerusi perkongsian itu lagi, Nora juga menyatakan ia adalah kesalahan dirinya apabila terlalu mempercayai individu yang sudah dianggap sebagai adik.

Ujarnya, dia kesal apabila merasakan telah ditipu dengan kontraktor yang tidak berhati perut sehingga keadaannya menjadi terkontang-kanting.

“Anak-anak tidur sana sini. Allahuakhbar. Dah cuba reda, dan bagi peluang banyak kali. Kontraktor tu memang buat hal. Saya akan buat laporan polis untuk korang berdua sekali kalau rumah saya tak siap dalam minggu depan.

“Harap dengan tindakan ni dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati memilih kawan dan kontraktor,” tegasnya. – KopiPlanet.com

The post “Nak Kata Sabar, I Dah Sabar Lama…” – Nora Danish Bengang Ubah Suai Rumah Tujuh Bulan Tak Siap-Siap, Terpaksa Tinggal Di Hotel & Rumah Ibunya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.