Ads Top

Meerqeen Kunci Mulut, Enggan Komen Pendedahan Sarah Yasmine Tentang Hubungan Mereka

Pelakon popular, Meerqeen mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen setelah pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine mengenai hubungan mereka.

Meerqeen berkata, ketika ini dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan memberi  fokus kepada penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi yang sedang dilakukannya.

“Saya tiada komen mengenai ini… anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira. Saya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku.

“Saya pun memang sedang sibuk menjalani penggambaran drama yang agak ‘intense’. Kini saya lebih fokus kepada kerja dan diri sendiri. Itu sahaja,” jelasnya.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sambutan Hari Raya anjuran 4ward Entertainment Sdn Bhd bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur petang tadi.

Pada masa sama, pelakon itu juga memberitahu dia tidak membaca sebarang komen mengenai pendedahan diperkatakan netizen tentang dirinya.

Jelasnya, dia tidak mahu perkara berkenaan menganggu tumpuannya di set penggambaran, malah paling penting keluarga lebih mengenali dirinya.

“Sekarang ini pun saya tak ada masa untuk sesiapa, termasuk dengan keluarga sendiri pun hanya dapat luang tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.

“Saya tak tahu apa orang perkatakan, tetapi saya tahu apa saya lakukan kerana yang penting adalah kerja dan keluarga saya,” katanya.

Baru-baru ini Meerqeen mengakui dia mengenali Sarah dan pernah bertemu dengan wanita asal Singapura itu, tetapi hubungan mereka sekadar antara artis dan peminat. 

Bagaimanapun, Sarah bertindak dengan mendedahkan mesej-mesej yang dihantar pelakon berkenaan dan menegaskan hubungannya bukan sekadar artis dan peminat sahaja. – KopiPlanet.com

The post Meerqeen Kunci Mulut, Enggan Komen Pendedahan Sarah Yasmine Tentang Hubungan Mereka appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.