Ads Top

“Dia Seorang Wanita Yang Sangat Baik…” Amir Ahnaf Puji Sarah Yasmine

Ketika ini, nama Sarah Yasmine sering menjadi bualan netizen gara-gara pendedahan demi pendedahan yang telah dilakukannya ketika ini, terutama membabitkan Aliff Aziz.

Yang terbaharu, pelakon popular Amir Ahnaf mengakui mengenali Sarah dan turut memuji wanita kelahiran Singapura itu.

“Saya kenal dengan Sarah semasa acara CelebFest dan secara kebetulan booth Anna Jobling dan saya bersebelahan. Anna pula memang berkawan dengan Sarah.

“Kami selalu lepak belakang booth dan makan sama-sama. Bagi saya dia seorang wanita yang sangat baik dan suka menolong, termasuk tolong angkatkan barang,” ujarnya.

Amir berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Sambutan Hari Raya bersempena dengan majlis pelancaran filem Harimau Malaya dan Terkutuk yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan dia dan Sarah hanyalah sekadar kenalan biasa dan mereka sudah tidak lagi berhubung selepas berakhirnya CelebFest.

“Kami memang lepak bersama semasa acara berkenaan sahaja. Lepas tu masing-masing dah tak berhubung lagi sehingga sekarang.

“Apapun saya boleh katakan dia memang seorang yang baik dan suka menolong. – KopiPlanet.com

The post “Dia Seorang Wanita Yang Sangat Baik…” Amir Ahnaf Puji Sarah Yasmine appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.