Ads Top

Nora Danish Mengaku Rumah Tangga Bergolak, Perceraian Adalah Jalan Terakhir

Pelakon popular, Nora Danish mengakui bahawa timbul pergolakan dalam rumah tangga bersama Nedim Nazri ketika ini.

Nora berkata, dia tidak mahu menyembunyikan perkara berkenaan dan sedang menangani tentang pergolakan yang berlaku sebaik mungkin.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak mahu menidakkan, kıta adalah manusia biasa tidak lari daripada kesilapan dan juga dugaan dalam kehidupan. Apabila bercakap tentang rumah tangga, pasti ada pergolakan.

“Kami dah tujuh tahun kahwin, memang ada pergolakan. Kami cuba menanganinya dengan sebaik mungkin. Memang kami tinggal berasingan sebab rumah tengah renovation,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula diperkatakan setelah masing-masing tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nora menafikan pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga bersama Nedim adalah disebabkan orang ketiga.

Ujar pelakon itu, apa yang berlaku adalah lebih kepada masalah persefahaman yang timbul antara dia dan suami.

Bagaimanapun, Nora menyatakan bahawa penceraian adalah jalan terakhir, meskipun sudah berusaha untuk menangani pergolakan yang timbul.

“Perceraian adalah jalan terakhir sebab kami pun pernah melalui perkara yang sama sebelum ini (penceraian). Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” ujarnya.

Pada masa sama, Nora menyatakan hubungannya dengan suami ketika ini dalam keadaan baik, terutama melibatkan urusan anak-anak biarpun sudah tidak tinggal sebumbung.

“Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang,” kongsinya.

“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Seperti saya katakan, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” jelasnya.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun. – KopiPlanet.com

The post Nora Danish Mengaku Rumah Tangga Bergolak, Perceraian Adalah Jalan Terakhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.