Wan Raja Tak Bina Keserasian Dengan Pelakon Wanita Di Luar Set Penggambaran
Pelakon popular, Wan Raja menegaskan dia tidak akan membina keserasian dengan mana-mana pelakon wanita yang menjadi gandingannya di luar set penggambaran.
Wan Raja berkata, adalah sesuatu perkara yang tidak apabila seorang pelakon lelaki dan wanita itu mahu mencari keserasian di luar waktu bekerja.
“Saya memang bukan jenis yang nak bina keserasian dengan pelakon wanita, perlu keluar lepak minum-minum dan kenal hati budi. Saya tak macam tu.
“Kalau ikutkan saya jenis yang ‘straight to the point’. Waktu bekerja saya akan buat apa yang perlu saja,” katanya.
Bercerita lebih lanjut mengenai gandingannya dengan Fasha Sandha dalam Malang Si Puteri terbitan Radius One Sdn Bhd, Wan Raja menyatakan sudah banyak kali dia bergandingan aktres itu.
Ujarnya, meskipun masing-masing kerap berlakon bersama, namun mereka bersikap profesional dan tidak membawa urusan kerja di luar set.
“Saya dan Fasha dah banyak kali bekerjasama dan setakat ini lebih empat kali dah kami digandingkan dalam satu produksi.
“Jadi, tiada istilah cinta lokasi atau isu siapa sondol siapa. Keserasian kami hanya di lokasi penggambaran saja,” jelasnya.
Ujarnya, isteri sendiri iaitu Yaya Maembong dan suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz meletakkan kepercayaan kepada mereka sekaligus mengelak daripada berlakunya ’sondol-menyondol’.
Menerusi Malang Si Puteri, Wan Raja membawa watak Arman yang menjadikan Puteri lakonan Fasha sebagai perempuan simpanan.
Selain Wan Raja dan Fasha, drama arahan Uchee Fukada itu dibintangi Raja Azura, Hafreez Adam, Malek McCrone dan Aidit Noh. Malang Si Puteri sudah mula ditayangkan di saluran Astro Ria. – KopiPlanet.com
The post Wan Raja Tak Bina Keserasian Dengan Pelakon Wanita Di Luar Set Penggambaran appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: