Ads Top

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Anjur Majlis Raikan Ramadan Bersama Anak Yatim & Pelajar Tahfiz, Lancar Produk Terbaharu Wawa Cosmetics ‘Love Your Skin’

Wawa Cosmetics merupakan sebuah jenama yang sudah mula bertapak sejak tahun 2018 dan baru-baru ini mereka menganjurkan majlis Raikan Ramadan.

Antara tetamu istimewa mereka adalah anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz yang diadakan ini merupakan sebuah acara tahunan anjuran Wawa Cosmetics pada setiap tahun bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

Acara tersebut telah berlangsung di Doplohtiga Space, Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur bertemakan serba putih dan dihadiri lebih kurang 200 jemputan.

Ia terdiri yang terdiri daripada pengedar Wawa Cosmetics, pempengaruh media sosial, pihak media, pekerja Wawa Cosmetics, anak-anak yatim daripada Pertubuhan Warisan Suci dan Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi serta pelajar-pelajar tahfiz dari Pertubuhan Kebajikan Pendidikan dan Kesihatan Nur Nasari. Majlis ini telah diacarakan oleh artis terkenal tanah air iaitu Izzue Islam.

Pembukaan acara tersebut dimulakan dengan melancarkan produk terbaharu keluaran Wawa Cosmetics iaitu advance moisturizer dan cleansing oil yang diberi nama “LOVE YOUR SKIN”.

Antara bahan yang terdapat di dalam produk advance moisturizer adalah air aqua, MC-Rice lactoc pro, ekstrak teh hijau, ekstrak chandrus crispus dan glyecerin. Manakala untuk produk cleansing oil bahan-bahan yang digunakan adalah bunga matahari, minyak biji blackcurrent dan minyak biji anggur.  

Majlis di ikuti dengan acara penyampaian sumbangan beg sekolah dan duit raya daripada Pengarah Urusan Wawa Cosmetics iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bersama dengan barisan pengedar-pengedar produk Wawa Cosmetics.

Setelah selesai acara penyampaian sumbangan, hadirin yang datang dipersilakan untuk mengambil tempat dan menikmati pelbagai jenis juadah menarik yang telah disediakan untuk berbuka puasa, di ikuti dengan sesi mengambil gambar bersama tetamu-tetamu yang hadir. – KopiPlanet

The post Wawa Zainal & Aeril Zafrel Anjur Majlis Raikan Ramadan Bersama Anak Yatim & Pelajar Tahfiz, Lancar Produk Terbaharu Wawa Cosmetics ‘Love Your Skin’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.