Ads Top

Shuib Kini Tidak Lagi Bersama Suria FM, Mahu Fokus Sepenuhnya Kepada Perniagaan

Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 (Isnin) hari ini.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata,kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik bagi Suria FM dalam rangka perancangan bagi tahun 2023.

“Ia melibatkan kolaborasi khas dengan Shuib untuk beberapa tempoh sahaja, di samping beliau ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Suria FM turut berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang. Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.

Terus dengarkan Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat daripada 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. – KopiPlanet.com

The post Shuib Kini Tidak Lagi Bersama Suria FM, Mahu Fokus Sepenuhnya Kepada Perniagaan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.