Ads Top

Adira Suhaimi Failkan Penceraian Terhadap Suami Buat Kali Kedua, Dato Red Ditegur Hakim Cuba Lambatkan Kes

Penyanyi popular yang juga merupakan salah seorang peserta Famili Duo musim ke-3,Adira Suhami didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Memetik laporan portal mStar, permohonan tersebut adalah kali kedua yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Kali pertama permohonan dibuat adalah pada 1 April 2019, tetapi telah ditarik semula Adira kerana memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Kemudian pada Isnin lalu, Adira hadir bersama kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) telah hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan.

Walau bagaimanapun, Dato Red dilihat gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut selepas hanya hadir seorang diri.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar dan Dato Red telah ditegur kerana dianggap dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.

Hakim kemudiannya menangguhkan kes itu pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: portal mStar

The post Adira Suhaimi Failkan Penceraian Terhadap Suami Buat Kali Kedua, Dato Red Ditegur Hakim Cuba Lambatkan Kes appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.