Ads Top

Tiada Penyingkiran, Semua Peserta All Stars Gegar Vaganza Layak Pentas Akhir

Saingan separuh akhir All Stars Gegar Vaganza menyaksikan tiada peserta yang tersingkir, sekaligus semuanya layak beraksi di pentas akhir.

Dengan keputusan tersebut, ia bermakna penyanyi yang mendapat markah terendah iaitu Siti Nordiana menarik nafas lega apabila tidak tersingkir.

Sementara itu, Tomok yang mempersembahkan lagu C.I.N.T.A dan Bahalol nyanyian asal XPDC mencipta kejutan apabila muncul juara mingguan.

Berada di tangga kedua pula adalah Nikki Palikat yang menyanyikan lagu Gemuruh dan Pelesit Kota, manakala Naqiu yang tampil dengan aksi bertenaga ketika persembahan lagu Memori Sekuntum Rindu dan It’s My Life berada di kedudukan ketiga.

Persaingan pentas akhir All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Disember ini. – KopiPlanet.com

*Peserta Layak Ke Saingan Akhir

  1. Seberapa Pantas & Terbang Bersama – Tomok (ft Armand Maulana)
  2. Tragedi Buah Apel & Ikhlas Tapi Juan – Nikki Palikat (ft Datuk Zainal Abidin)
  3. Nur Nilam Sari & Kekasih Bayangan – Naqiu (ft Cakra Khan)
  4. Making Love Out Of Nothing At All & Seandainya Masih Ada Cinta – Hady Mirza (ft Dayang Nurfaizah)
  5. When You Believe & Sandarkan Pada Kenangan – Jaclyn Victor (ft Datuk Jamal Abdillah)
  6. My Heart Will Go On & Terus Hidup – Liza Hanim (ft Aina Abdul)
  7. Halo & Kamelia – Azharina (ft Datuk Ramli Sarip)
  8. Kisah Hati & Kemarin – Siti Nordiana ft Ifan Seventeen)

The post Tiada Penyingkiran, Semua Peserta All Stars Gegar Vaganza Layak Pentas Akhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.