Ads Top

Namie Akui Pernah Ditegur Pihak Atasan Gara-Gara Hasilkan Content Video Di Media Sosial

Pelawak yang semakin meningkat naik, Najmi Shaharudin atau Namie mengakui pernah ditegur pihak atasan gara-gara-gara menghasilkan content video di media sosial ketika bergelar seorang pendidik dahulu.

Namie berkata, ketika bekerja sebagai seorang guru dia sememangnya tertakluk kepada peraturan yang mana tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman, melainkan untuk pembelajaran.

“Saya pernah mendapat teguran daripada pihak atas apabila menghasilkan video content bersama pelajar yang kemudiannya dimuat naik di media sosial.

“Memang saya tahu ada peraturan dan akta yang menyatakan bahawa seseorang pendidik itu tidak boleh membuat sebarang rakaman selain untuk pembelajiran dan pemudahcaraan (PdPc),” ujarnya.

Sehubungan itu, sebagai seorang bekas guru, pelawak berkenaan menyarankan agar para pendidik supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Kalau boleh golongan pendidik ini supaya lebih berwaspada sekiranya membuat sebarang video content untuk media sosial yang melibatkan pelajar sekolah,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kariernya pula, Namie juga kini sudah mula menceburi bidang nyanyian dan sudah menghasilkan dua buah single iaitu Kongkalikong duet bersama Floor 88.

Yang terkini, pelawak itu muncul pula dengan single solo berjudul Chegu yang sudah pun dilancarkan sejak bulan September lalu.

Ujarnya, lagu bergenre pop komedi itu ternyata menerima maklumbalas positif dari peminat sejakvideo muzik lagu tersebut dilancarkan.

“Lagu ini menyampaikan pesanan yang memberi inspirasi dan motivasi kepada pendengar. Chegu merupakan lagu ciptaan Komposer Zai Hamzah dan Triplouz A, manakala liriknya dihasilkan saya sendiri bersama Achoi Floor 88.

“Ia mengisahkan tentang nasihat penting seseorang gurukepada anak muridnya tentang perihal menghormati guru serta mengingatkan merekatentang pentingnya menuntut ilmu untuk masa depan yang cerah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Namie Akui Pernah Ditegur Pihak Atasan Gara-Gara Hasilkan Content Video Di Media Sosial appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.