Ads Top

Jualan Tiket Sold Out, Afgan Luah Rasa Teruja Bakal Jayakan Konsert Diiringi Orkestra Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Afgan meluahkan rasa teruja apabila bakal menjayakan konsert yang diiringi orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini.

Afgan atau pemilik nama sebenar Afgansyah Reza berkata, dia memang berhasrat menggunakan orkestra sebagai pemuzik kali ini bagi menjayakan konsert Afgan Live In Concert With Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

“Sudah beberapa kali menjayakan konsert di Malaysia, jadi pada edisi kali ini memang saya minta supaya diiringi orkestra sebagai pemuzik kerana mahu menampilkan kelainan berbanding konsert sebelum ini. 

“Apa yang paling istimewa ini juga julung kalinya saya diiriingi pemuzik Malaysia dan saya tidak sabar menjayakannya,” katanya.

Afgan berkata demikian dalam sesi bersama media semalam sempena konsert yang akan berlangsung malam ini.

Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.

Pada konsert nanti, Afgan bakal membawakan 25 buah lagu termasuk lagu nyanyi penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.

Untuk edisi kali ini, dia juga bakal berduet dengan rakan senegaranya Raisa menerusi lagu berjudul Percayalah.

Menariknya, kesemua 3,000 tiket konsert itu sudah sold out atau habis terjual pada persembahan yang akan berlangsung malam ini. – KopiPlanet.com

The post Jualan Tiket Sold Out, Afgan Luah Rasa Teruja Bakal Jayakan Konsert Diiringi Orkestra Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.