Ads Top

Tiada Lagi @bclsinclair, Bunga Citra Lestari Tukar Nama Di Instagram Jadi @itsmebcl

Menjelang hari perkahwinannya yang dijangka akan berlangsung pada esok, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mengubah nama di akaun Instagram miliknya.

Jika sebelum ini dia meletakkan nama @bclsinclair yang juga gabungan nama bekas suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, kini namanya diubah kepada @itsmebcl.

Ketika ini, Bunga atau lebih dikenali dengan panggilan BCL dikhabarkan akan kembali bergelar isteri apabila bakal berkahwin dengan Tiko Aryawardhana.

Pasangan tersebut yang sebelum ini kerap digosipkan mempunyai hubungan istimewa akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali.

Sebelum ini, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan Ashraf pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mati lelaki iaitu Noah.

Bagaimanapun, hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri hanya mampu bertahan selama 12 tahun apabila Ashraf disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2020. – KopiPlanet.com

The post Tiada Lagi @bclsinclair, Bunga Citra Lestari Tukar Nama Di Instagram Jadi @itsmebcl appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.