Ads Top

Lantang Bersuara Kecam Israel, Warner Music Sah Tamatkan Kontrak Kaka Azraff

Desas-desus yang bertebaran akhirnya terjawab apabila syarikat rakaman, Warner Music mengesahkan mengenai dakwaan penamatan kontrak penyanyi, Kaka Azraff gara-gara kelantangannya mengenai isu Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan, mereka sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara dalam kalangan artis naungannya, namun keputusan harus dibuat berhubung tindakan penyanyi tersebut.

“Kaka adalah seorang artis yang sangat berbakat, tetapi malangnya kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung (DM) yang dipaparkan dalam talian.

Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang diberikan, tidak dinyatakan bila tarikh kontrak penyanyi itu ditamatkan.

Baru-baru ini, kontrak penyanyi itu akan berterusann sehingga 31 Disember ini dan dia meminta diberikan masa sebelum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, menurut sumber, kontrak Kaka dengan syarikat Warner Music sepatutnya akan tamat pada April 2024.

Sebelum ini, Kaka mengirim mesej langsung (DM) dengan mengecam influencer dan pelakon Australia yang pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Lebih menarik perhatian, profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik. – KopiPlanet.com

The post Lantang Bersuara Kecam Israel, Warner Music Sah Tamatkan Kontrak Kaka Azraff appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.