Ads Top

Kurang Pemahaman Bahasa Melayu, Isteri Sangka Sudah Diceraikan Azlan Komeng

Pelakon popular, Azlan Komeng memaklumkan kurang pemahaman dalam bahasa Melayu membuatkan isterinya, Nur Nilam Ortiz menyangka sudah diceraikan baru-baru ini.

Azlan berkata, isterinya yang merupakan kacukan Thailand (ibu) dan Sepanyol (bapa) telah salah faham tentang apa yang diperkatakan semasa mereka sedang berbalah.

“Apa yang orang ramai tak tahu, isteri saya ini bukan berketurunan Melayu. Malah, dia pula belajar bahasa Melayu menerusi bahasa baku dan formal. 

“Macam kita ni kalau bercakap kadang-kadang tak menggunakan bahasa yang formal. Jadi, kalau bahasa unformal ni, dia selalu salah faham,” ujarnya.

Azlan berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan semalam.

Bercerita lebih lanjut tentang perbahalan yang berlaku, Azlan berkata Ia semuanya disebabkan perniagaan yang mereka jalankan.

“Macam isteri saya dia ada jalan kerja dia dan saya pun ada jalan kerja sendiri dalam mengendalikan perniagaan.

“Kemudian kami bergaduh tentang idea perniagaan. Kemudian saya cakap dengan dia, ‘kau buat jalan kau, aku buat jalan aku’. Jadi, dia ingat saya sudah menceraikan dia,” jelasnya.

Sehubungan itu, untuk tidak menimbulkan lagi salah faham, pelakon itu menyatakan dia telah pergi ke mahkamah untuk menjernihkan keadaan.

“Apabila saya menceritakan tentang hal ini di mahkamah, hakim pun tergelak. Perkara ini pun dah selesai, memang tak ada talak yang dijatuhkan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Kurang Pemahaman Bahasa Melayu, Isteri Sangka Sudah Diceraikan Azlan Komeng appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.