Ads Top

Hanya Kekal Selama 10 Tahun, Jovian Mandagie & Nina Ismail Sah Sudah Bercerai

Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie mengumumkan dia dan isterinya, Nina Ismail Sabri sudah pun bercerai sejak Ogos lalu.

Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Jovian berkata dia dan Nina berpisah secara baik.

“Ada perkahwinan yang istimewa yang tercipta untuk seumur hidup tapi perkahwinan kami pula berkmebang menjadi persahabatan seumur hodup. Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.

“Kami dapati sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai. 

“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, kami sudah lakukan yang baik. Alhamdulillah. Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.

“Selepas beberapa dekad, anda menjadi sebahagian draipada perjalanan kami, kami swntiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif dari pengikutnya di laman sosial, justeru merasakan berita itu perlu dikongsikan. 

“Semalam, kami adakan sesi secara langsung di TikTok, dan kami tersentuh dengan komen-komen mengenai rumah tangga kami. Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.

“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan di media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hodup selama hampir sedekad.

“Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun. – KopiPlanet.com

The post Hanya Kekal Selama 10 Tahun, Jovian Mandagie & Nina Ismail Sah Sudah Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.