Ads Top

Kemelut Berakhir…. Kes Mahkamah Siti Nordiana & Lima Sekawan Selasai, Masing-Masing Saling Bermaaf-Maafan

Setelah dua tahun kes perbicaraan mahkamah, saman fitnah yang difailkan penyanyi Siti Nordiana sebanyak RM2.5 juta terhadap lima sekawan berakhir apabila kesemua mereka yang terlibat saling bermaaf-maafan.

Menerusi laporan portal mStar, peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes itu tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan di antara penyanyi itu selaku plaintif dan lima defendan untuk menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik.

“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi,” katanya di hadapan Joh Lee.

Abang Azlan memaklumkan, persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu kedua-dua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Jelasnya lagi, permohonan maaf tersebut telah dilakukan atas dasar persahabatan yang telah terjalin antara mereka semua sebelum ini.

Sebelum persidangan tamat, Joh Lee sempat menitipkan pesanan supaya selepas ini semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dikeluarkan.

Plaintif juga tidak ada kebebasan memfailkan semua tindakan saman terhadap defendan.

Dalam pada itu, lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Siti Nordiana atau Nana, 39, turut membuat permohonan maaf kepada lima individu berkenaan selain menyatakan dia telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42. – KopiPlanet.com

Kredit artikel : portal mStar 

The post Kemelut Berakhir…. Kes Mahkamah Siti Nordiana & Lima Sekawan Selasai, Masing-Masing Saling Bermaaf-Maafan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.