Ads Top

Wany Hasrita Tampil Dengan Single Cinta Hatiku, Suami Izin Anak Tampil Dalam Muzik Video

Setelah lebih setahun menjalani kehidupan sebagai isteri dan kini bergelar Ibu, pemilik nama WANY HASRITA kini Kembali berkobar kobar untuk mempertontonkan Muzik Video CINTA HATIKU kepada peminat.  

Berbeza dengan semua single dan muzik video sebelum ini, Wany begitu teruja untuk berkongsi penampilan buah hatinya Aishah Al Iman yang kini berusia hampir 4 bulan di dalam muzik video terbaru yang akan dilancarkan pada 02hb November 2023 jam 8 malam di Youtube FMC Music.

“Wany sangat teruja semenjak proses rakaman vokal lagi. Kerana itu kali pertama Wany merakamkan lagu ditemani seseorang di dalam studio. Walaupun waktu itu Aishah masih dalam kandungan tapi Wany boleh rasakan kehadiran Aishah seolah memberi semangat pada Wany Ketika dalam studio” kata Wany yang Ketika itu sedang hamil 37 minggu

CINTA HATIKU merupakan single terbaru yang cukup istimewa buat Wany. – “Actually Wany sendiri yang request pada FMC Music untuk merakamkan sebuah single tentang Cahaya Mata di mana lagu tersebut mengisahkan tentang rasa kasih dan sayang seorang ibu pada kurniaan terhebat Illahi (anak). 2 kali jugalah Wany masuk studio, pertama sewaktu masih mengandung (37 minggu) dan kali kedua disambung setelah Wany selamat melahirkan”

Bercakap tentang kerjaya seni dan kehidupan peribadi Wany berkata – “Memang sangat berbeza kehidupan sebelum dan selepas bergelar ibu. Sekarang Wany dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Terkadang Wany sampai menangis tapi bila tengok Aishah senyum, terus hilang semua rasa penat lelah tu. Tambahan pula buat masa ini Wany masih berulang alik dari KL ke Kuching dan Kuching ke KL bagi memenuhi tanggung jawap kerjaya seni disamping menjalankan tanggungjawap sebagai isteri dan juga Ibu. Walaubagaimanapun mungkin di masa depan Wany bercadang untuk terus menetap di Kuching bersama suami dan anak. Dan jika ada tuntutan kerja, Wany terbang balik ke KL”

Bercakap tentang penampilan istimewa Aishah Al Iman di di dalam muzik video single terbaru CINTA HATIKU yang akan lancarkan secara eksklusif pada tanggal 2hb November 2023 (khamis) jam 8 malam di Youtube FMC Music – “ Wany sangat berterima kasih pada suami yang dikasihi – MOHD AL ADIB FAHMI kerana memahami dan mengizinkan penglibatan Aishah dalam muzik video Cinta Hatiku. Aishah masih sangat kecil, jadi Wany perlu meminta persetujuan suami dulu. Alhamdulillah Wany dikurniakan suami yang penyayang serta memahami tentang tuntutan kerjaya seni Wany”

Tambah Wany lagi “ Wany sangat berterima kasih pada semua penyokong Wany yang masih sayang wany walau pun Wany kini bergelar isteri dan ibu. Semoga kalian suka dengan buah tangan terbaru Wany ini.  Dan Wany juga ingin mengucapkan rasa sayang yang tidak terhingga buat IBU Wany yang selama ini telah banyak bekorban membesarkan Wany. Kini wany dah bergelar Ibu, dan pengalaman setelah bergelar ibu itu membuatkan Wany lebih rasa nak menghargai IBU wany. Love you so Much IBU”

Lagu CINTA HATIKU  merupakan ciptaan Rudy Nastia dan Lirik oleh Mawar Kasih. – KopiPlanet.com

The post Wany Hasrita Tampil Dengan Single Cinta Hatiku, Suami Izin Anak Tampil Dalam Muzik Video appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.