Ads Top

KPJ Healthcare Buka Peluang Pekerjaan Sektor Kesihatan Menerusi Anjuran Karnival Kerjaya Malam

KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Syarikat”) memacu transformasi baharu dalam melaksanakan sesi pengambilan pekerja dalam sektor kesihatan menerusi penganjuran ‘Karnival Kerjaya Malam KPJ’ atau ‘KPJ Night Career Fair’ yang bakal diadakan pada 24 dan 25 November ini, dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. 

Karnival ini akan berlangsung serentak di kesemua 29 Hospital Pakar KPJ seluruh negara. Manakala lokasi utama pula akan berpusat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri. Karnival ini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang melibatkan kakitangan perubatan dan sokongan.

Kekosongan Yang Perlu Diisi Segera KPJ 

Healthcare mencari kakitangan profesional untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai bidang di sektor kesihatan, termasuklah yang sudah berpengalaman serta individu berkelayakan yang ingin memulakan kerjaya mereka dalam persekitaran yang dinamik. Antara kekosongan jawatan yang perlu diisi segera termasuklah:

• Pegawai perubatan dan pakar dalam bidang yang berkaitan

• Jururawat berdaftar

• Kakitangan kesihatan bersekutu termasuk ahli fisioterapi, ahli farmasi dan radiographer

• Kakitangan akademik untuk diserapkan ke Universiti KPJ Healthcare

• Kakitangan sokongan dalam bidang-bidang lain seperti HR, IT, Pentadbiran, Pemasaran,

Kewangan, Komersial, Operasi, Pengurusan Fasiliti dan banyak lagi.

Karnival Kerjaya Yang Unik Dan Penuh Dengan Gaya Tersendiri

Karnival kerjaya anjuran KPJ Healthcare ini merupakan satu pendekatan inovatif bagi menarik bakat terbaik sambil menangani isu kekurangan pekerja dalam sektor penyedia penjagaan kesihatan negara. 

Karnival ini menawarkan platform kepada calon pekerja yang berpotensi untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan dan memahami laluan kerjaya yang ditawarkan oleh Syarikat.

Ia menawarkan peluang kepada calon untuk berhubung secara terus dengan pegawai KPJ yang bertugas di bahagian pengambilan pekerja. 

Calon yang hadir akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang budaya KPJ Healthcare, memahami faedah yang ditawarkan dan mengenalpasti komitmen Syarikat terhadap pembangunan pekerja. 

Sesi temu duga yang diadakan di karnival ini juga akan dikendalikan secara ‘on-the-spot’, sekaligus memberikan peluang segera untuk menyertai keluarga KPJ Healthcare.

Karnival ini cukup unik dan lain daripada mana-mana karnival kerjaya yang pernah dianjurkan sebelum ini. 

Dilaksanakan pada waktu malam, karnival kerjaya ini menyaksikan gabungan elemen professional dan elemen hiburan yang lebih santai untuk komuniti yang hadir. 

Pelbagai aktiviti bakal menanti termasuklah cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM40,000, pemeriksaan kesihatan asas percuma dan jualan aneka juadah di trak makanan yang pastinya bakal menambahkan kemeriahan karnival tersebut. 

Karnival Kerjaya Malam KPJ ini terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia yang ingin menyertai sektor kesihatan. Temui kami di karnival ini yang diaspirasikan untuk membentuk masa depan sektor kesihatan di negara ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Karnival Kerjaya Malam KPJ dan senarai pekerjaan yang ditawarkan secara terperinci, sila layari www.kpjhealth.com.my atau ikuti kami di laman sosial FB: KPJ Healthcare Berhad | Instagram: kpjhealthcareberhadofficial |TikTok: kpjhealthcareberhad untuk maklumat terkini. – KopiPlanet.com

The post KPJ Healthcare Buka Peluang Pekerjaan Sektor Kesihatan Menerusi Anjuran Karnival Kerjaya Malam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.