Ads Top

Konsert Malam Galau ST12 Sajikan Persembahan Penuh Bertenaga & Menghiburkan

Konsert Malam Galau ST12 yang berlangsung pada minggu lalu ternyata mendapat sambutan yang begitu hebat dengan dibanjiri peminat yang sudah menanti sejak pukul 6.30 petang.

Dibawakan secara eksklusif oleh My Legacy Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Laskhar Entertainment telah menarik seramai peminat 3,000 peminat yang hadir untuk menikmati persembahan yang menampilkan kumpulan ST12 serta beberapa artis jemputan lain.

ST12 yang dianggotai oleh pemain dram, Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry dan Indra Gunawan atau Indra (bass) berkata, konsert pada kali ini bergitu istimewa buat mereka kerana berpeluang kembali beraksi di Kuala Lumpur.

Apatah lagi konsert tersebut merupakan kolaborasi pengiat seni serumpun apabila berjaya satukan pengkarya muzik dua negara menerusi kerjasama bersama Malam Galau.

Selain ST12, antara penyanyi yang membuat persembahan adalah Syafiq Abdilah, Kazim Band, Aufahanie dan Drama Band yang telah memberi persembahan cukup bertenaga dan menghangatkan suasana pada malam itu.

Setelah hampir sejam konsert berlangng, giliran ST12 menguasai pentas dengan menampilkan Aris Idol dan Firman Siagian sebagai vokalis dan tidak ketinggalan penyanyi popular Hazama untuk turut beraksi bersama.

Persembahan kumpulan dari ST12 bergitu bertenaga dengan rangkaian seleksi lagu-lagu hit mereka seperti Puspa, Jangan Pernah Berubah, Putri Iklan, Putih-Putih Melati serta lagu Isabella yang pernah dipopularkan kumpulan Search serta banyak lagi.

Misalnya, Aris Indonesia Idol mendendangkan sembilan buah lagu antaranya Puspa, Cukup Sampai Di sini, Jangan Pernah Berubah, Cinta Tak Harus Dimiliki, Biarkan Jatuh Cinta dan Putri Iklan.

Giliran Firman yang mendendangkan lagu Cari Pasal Lagi, Saat Terakhir, Kepingan Hati, Kehilangan, Putih- Putih Melati, Aku Masih Sayang dan Isabella.

Malah, Firman juga telah menyanyikan lagu Tiara yang disertai oleh penyanyi popular Malaysia iaitu Hazama dan seterusnya Hazama menyanyikan single terbaru hasil kerjasama antara ST12 dan Hazama berjudul Harapan Tidak Kunjung Usai.

Tidak ketinggalan, ST12 juga telah bersolidariti bersama rakyat palestin yang ditindas oleh kekejaman zionis Isreal dengan mendendangkan sebuah lagu khas menerusi lagu KebesaranMu disamping tayangan visual peperangan di skrin LED. – KopiPlanet.com

The post Konsert Malam Galau ST12 Sajikan Persembahan Penuh Bertenaga & Menghiburkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.