Ads Top

Amir Ahnaf Kagum Dengan Anna Jobling, Nafi Jadi Seorang Perampas

Pelakon muda yang semakin meningkat naik, Amir Ahnaf menafikan tuduhan bahawa dirinya seorang perampas apabila didakwa merampas Anna Jobling daripada Meerqeen.

Amir berkata, dia dan Anna tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan hanya mengenali pelakon berkenaan ketika sama-sama berlakon dalam sebuah drama.

“Apa yang saya ingin cakapkan, tiada istilah rampas sesiapa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelakon menerusi watak sebagai Farid dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

“Cuma tak sangka pula ada yang mengatakan saya seorang perampas. Memang saya ada terdengar tentang perkara tersebut, namun saya nak bagitahu bahawa hubungan kami hanya sekadar rakan pelakon,” jelasnya.

Amir berkata demikian ketika menjawab perkara berkenaan sewaktu ditemui semasa majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Astro Originals berjudul Gamers Mangkuk.

Sebelum ini, hubungan kedua-duanya mula diperkatakan ramai apabila Anna berkongsi sebuah video sebuah babak drama yang menunjukkan Amir mencium tangannya.

Sementara itu, Amir tidak menyembunyikan perasaan kagumnya terhadap pelakon Melur Untuk Firdaus itu yang disifatkannya mempunyai aura tersendiri.

“Setakat ini saya memang sangat suka dapat berkerja dengan Anna. Pada saya dia merupakan seorang pelakon yang bagus dan dapat merasakan keserasian ketika pertama kali bertemu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Amir Ahnaf Kagum Dengan Anna Jobling, Nafi Jadi Seorang Perampas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.