Ads Top

Ifa Raziah Himpunkan Selebriti & Pengunjung Sempena Himpunan Kemanusian Palestin Di Acara Starvendor

Penyanyi dan penganjur acara popular, Datuk Ifa Raziah berjaya menghimpunkan selebriti dan pengunjung untuk sempena Himpunan Kemanusiaan Palestin di acara Starvendor yang berlangsungf di Juru Auto City, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ifa berkata, tujuan dia membuat himpunan tersebut adalah sebagai tanda solidariti serta mengenang umat Islam yang tertindas di Palestin.

“Himpunan ini kali pertama diadakan, dalam kita bergembira jangan lupa untuk mengenang nasib yang telah melanda umat Islam di Palestin akibat kekejaman Israel.

“Saya bersyukur apabila himpunan ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama daripada selebrti dan pengunjung,” ujarnya.

Antara selebriti yang turut menyertai himpunan berkenaan seperti Zarina Zainuddin, Risteena Munim, Nadia Brian, Salina Saibi, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Jelasnya, selain menganjurkan himpunan pihaknya juga turut mengundang Ustaz Wadi Anuar untuk memberikan tazkirah serta membuat kutipan untuk misi bantuan Palestin.

“Dengan angka kematian yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Palestin akibat kekejaman Israel, sudah tiba masanya untuk kita melaungkan kebebasan buat seluruh rakyat di sana,” jelasnya.

Sekadar info, acara Starvendors Penang Foodvestival telah berjaya menghimpun seramai 45 orang selebriti dan influencer untuk menjayakan acara berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Ifa Raziah Himpunkan Selebriti & Pengunjung Sempena Himpunan Kemanusian Palestin Di Acara Starvendor appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.