Ads Top

Aufahanie Sebak Terkenangkan Arwah Siti Sarah, Ambil Masa Lima Jam Ketika Rakam Semula Lagu Saat Hilang Cintamu

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aufahanie mengakui terpaksa mengambil masa selama lima jam ketika merakamkan semula lagu Saat Hilang Cintamu yang pernah dipopularkan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Aufahanie berkata, sepanjang proses rakaman lagu berkenaan, dia beberapa kali berasa sebak sehingga beberapa kali rakaman ditanggungkan seketika.

“Sepanjang sesi rakaman berlangsung beberapa kali juga saya sebak dan sebab itu ambil masa lama nak selesaikan kerana terkenangkan arwah Siti Siti Sarah.

“Namun begitu, Ajai selaku komposer banyak membantu saya agar lagu ini dapat disampaikan dengan baik kerana ia bukan satu perkara yang mudah,” ujarnya.

Aufa berkata demikian ditemui ketika ditemui media semasa majlis pelancaran lagu tersebut yang berlangsung pada minggu lalu.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali ramai setelah menyertai program Big Stage itu menyatakan dia sudah bersedia jika ada yang membandingkan nyanyiannya dengan arwah.

Ujarnya, dia sendiri menjadikan Siti Sarah sebagai idolanya dalam bidang nyanyian, apatah lagi mereka pernah berada di bawah satu syarikat pengurusan yang sama.

“Kalau ada yang cuba membandingkan nyanyian kami pun saya tak kisah. Saya terima dengan hati terbuka dengan semua pendapat daripada pendengar.

“Apapun dapat merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah satu penghormatan. Cuma, saya harap agar semua dapat menerima nyanyian saya ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Aufahanie Sebak Terkenangkan Arwah Siti Sarah, Ambil Masa Lima Jam Ketika Rakam Semula Lagu Saat Hilang Cintamu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.