Ads Top

Risaukan Keselematan View Chin Punca Mira Tawarkan Diri Temankan Pergi Bercuti Ke Bali

Influencer selebriti yang kini hangat diperkatakan, View Chin membuat pengakuan bahawa dia dan Mira sememangnya pergi bercuti berdua ke Bali.

Dalam satu video interview bersama Media Mulia TV, View Chin memberitahu Mira menemaninya bercuti ke Bali kerana risaukan keselamatan dirinya.

“Dia risau sekiranya saya akan buat benda-benda yang bodoh. Jadi, dia tawarkan diri untuk temankan saya. Secara jujurnya saya mengaku yang kami memang pergi ke Bali berdua.

“Cuma saya anggap ketika itu adalah percutian atas dasar antara bos dan staff. Selepas pulang dari Bali, Ah Moi teruskan kes untuk bercerai,” dedahnya.

Menurut View Chin, Mira juga adalah seorang yang suka mengambil berat terhadap dirinya dan orang lain, malah turut disukai pekerja-pekerja lain di syarikatnya.

Dalam pada itu, View Chin juga mendedahkan bahawa hanya Mira seorang sahaja yang mengetahui punca dia bercerai dengan Ah Moi.

“Dia yang tahu kenapa saya bercerai… orang lain pun tak tahu, family saya pun tak tahu, family ex-wife pun tak tahu sebenarnya.

“Ketika penceraian berlaku pun saya dan Ah Moi pun, kami dah deal yang anak-anak dengan saya dan dia pun dah agree. Kami failkan penceraian pada bulan Oktober tahun lalu dan sijil penceraian kami terima pada Disember,” ujarnya.

Ujarnya, Ah Moi juga ada berusaha agar mereka dapat kembali bersama, namun dia sendiri tidak dapat menerima bekas isterinya itu.

Pada masa sama, View Chin turut mendedahkan bahawa dia sememangnya mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan Mira. – KopiPlanet.com

The post Risaukan Keselematan View Chin Punca Mira Tawarkan Diri Temankan Pergi Bercuti Ke Bali appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.