Ibu Sedia Maafkan Syamsul Yusof… Namun Tidak Boleh Terima Apa Yang Dilakukan Terhadap Puteri Sarah & Anak-Anak
Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menyatakan dia bersedia memaafkan anaknya itu.
Bagaimanapun, dalam satu perkongsian di Insta Story, Patimah menyatakan dia tidak dapat menerima apa yang telah dilakukan anaknya itu terhadap menantu dan cucu-cucunya.
“Sebagai ibu saya memaafkan Shamsul…
“Tapi saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu,” tulisnya.
Semalam, Syamsul dilaporkan tidak jadi untuk menceraikan isterinya itu, meskipun sudah mencapai persetujuan untuk melafazkan cerai.
Pengarah berkenaan dikatakan tidak melakukannya berikutan tindakan Puteri Sarah yang enggan menarik balik kes saman terhadap Ira Kazar serta berkenaan tuntutan nafkah.
Dalam pada itu, Puteri Sarah pula menegaskan dia sesekali tidak akan menarik balik kes tersebut, manakala mengenai tuntutan nafkah pula, pelakon itu memberitahu ia adalah nafkah untuk kedua-dua anak mereka. – KopiPlanet.com
The post Ibu Sedia Maafkan Syamsul Yusof… Namun Tidak Boleh Terima Apa Yang Dilakukan Terhadap Puteri Sarah & Anak-Anak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: