Ads Top

Boy Iman Tegaskan Dia Bukan Pemilik Syarikat Penganjur Festival, Dirinya Sedia Disiasat Pihak PDRM

Baru-baru ini kecoh mengenai sebuah festival jualan yang turut membabitkan selebriti tiba-tiba terpaksa dibatalkan saat akhir sehingga mengakibatkan ramai peniaga menanggung kerugian.

Dianjurkan oleh sebuah syarikat, namun nama seorang pelakon iaitu Boy Iman turut dikaitkan dan dikatakan individu yang berada di sebalik syarikat tersebut.

Dalam satu posting yang dimuat naik, Boy Iman bagaimanapun menegaskan dia tidak layak membuat sebarang kenyataan memandangkan dia bukanlah pemilik kepada syarikat yang menganjurkan Festival Raya Horeeynx Fest Raya.

“Saya tidak layak untuk bercakap, apatah lagi memberi sebarang kenyataan melibatkan syarikat kerana itu BUKAN syarikat saya. Saya bukan CEO syarikat, saya juga bukan bertanggungjawab terhadap AKAUN syarikat, perjalanan syarikat, SOP syarikat, KEPUTUSAN syarikat selagi mana syarikat masih beroperasi dan sah serta mempunyai PEMILIK syarikat, LEMBAGA PENGARAH Syarikat dan CEO syarikat.

“Saya hanyalah PEKERJA yang makan gaji tertakluk pada SURAT TAWARAN kerja dan SURAT PERLANTIKAN yang dikeluarkan kepada saya mengikut SKOP KERJA yang termaktub disitu DITANDATANGANI oleh SAYA dan CEO syarikat,” jelasnya.

Menurut Boy Iman, dia tidak dapat memberi ulasan lanjut memandangkan dia hanyalah pekerja kepada syarikat berkenaan dan tertakluk pada surat tawaran kerja dan surat perlantikan yang dikeluarkan kepadanya mengikut skop kerja yang termaktub dan ditandatangani olehnya dan CEO syarikat.

Jelasnya, dia juga boleh dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana masih bekerja dalam syarikat dan hanya CEO yang boleh memberikan penjelasan mengenai pembatalan berkenaan.

“Saya juga mewakili NGO saya yang berdaftar, KELAB USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA untuk usahasama sebagai rakan strategik untuk acara ini dimana saya sebagai PENGASAS & PRESIDEN membantu AHLI- AHLI saya, rakan-rakan USAHAWAN SELEBRITI untuk berniaga bersama di acara ini.

KENYATAAN saya ini adalah FAKTA dan boleh dibawa ke PIHAK BERKUASA atau MAHKAMAH kerana semuanya telah DIDOKUMENKAN secara SAH mengikut UNDANG-UNDANG. SAYA juga bersedia DISIASAT oleh @pdrmsia_official atau mana-mana PIHAK BERKUASA mengikut LUNAS yang ditetapkan di dalam PERLEMBAGAAN negara kita,” tegasnya.

Pada masa sama, Boy Iman turut memberi amaran agar tidak menyebut, menulis, komen, memutarbelit serta menokok tambah sebarang berita, cerita dan fakta yang tidak sahih mengenai dirinya. – KopiPlanet.com

The post Boy Iman Tegaskan Dia Bukan Pemilik Syarikat Penganjur Festival, Dirinya Sedia Disiasat Pihak PDRM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.