Ads Top

“Alhamdulillah, Ruang Pendamaian Sebelum Syawal Tiba…” – Zulin Aziz Sudah Kembali Berbaik Dengan Suami

Setelah beberapa hari lalu memberi bayangan bakal berpisah dengan suami, kini pengacara Zulin Aziz seakan memberi bayangan bahawa hubungan dengan suami, Farhan Norzaini sudah kembali pulih.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Zulin menyatakan dia sudah kembali berdamai dengan suami sebelum menjelang syawal tiba.

“Ketika tidak lagi berharap pada manusia, hanya berharap pada Allah. Allah sebaik-baik pelindung. Allah maha mendengar.

“Alhamdulillah, ruang pendamaian sebelum Syawal tiba. Maka, bolehlah aku masak rendang bersama,” ujarnya.

Dalam perkongsian itu juga, Zulin bagaimanapun tidak menyatakan punca dia memuat naik posting sebelum ini sehingga memberi bayangan dia bakal berpisah dengan suami.

“Biarlah nak kata apa. Saya maafkan. Tak apa, bukan salah mereka. Mereka tak tahu pun apa yang jadi. Ujian yang berbeza, situasi yang berbeza. Solution pun tak semua boleh apply yang sama.

“Tak mampu nak explain satu-satu. Kenapa Zulin begitu begini. Ada sebabnya… ada puncanya… ada ceritanya, cukup sampai situ,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post “Alhamdulillah, Ruang Pendamaian Sebelum Syawal Tiba…” – Zulin Aziz Sudah Kembali Berbaik Dengan Suami appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.