Ads Top

“Jangan Bagitahu Orang Okey…” – Syamsul Yusof Dedah Puteri Sarah Sendiri Mengaku Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain

Setelah pelakon Puteri Sarah bertindak dengan hanya ketawa setelah membaca tuduhan nusyuz setebal 44 muka surat, suaminya pengarah Syamsul Yusof tampil dengan kenyataan terbaharu.

Menerusi satu posting di Instagram, Syamsul mempersoalkan tindakan isterinya itu, malah mendedahkan bahawa Puteri Sarah sendiri mengaku kepadanya bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Hanya selepas saya fail nusyuz barulah dia akhirnya mahu berjumpa suami. Kenapa? Kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana di dalam ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan kita.

“Jadi habislah imej isteri teraniaya yang awak potreykan pada umum selama ini. Itu yang kamu risaukan. Tidak cukup dengan itu, sekarang pun kamu sudah mengaku ada hubungan dengan lelaki lain sedangkan kamu masih bersuami, kamu sendiri yang beritahu saya haritu masa kita berjumpa. Siap cakap jangan bgtahu orang okey,” luahnya.

Dalam pada itu, Syamsul juga mendedahkan bahawa ibu dan bapa mentuanya juga tidak bersetuju dengan tindakan isterinya itu dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.

Luahnya, pengarah tersebut juga menyatakan isterinya itu pergi menghasut ibu bapanya untuk menyerang dirinya dengan cara tidak baik.

“Sarah ibu bapa kamu juga pening dan tak bersetuju dengan cara kamu sekarang menyelesaikan masalah rumah tangga, sebab itulah mereka diam sahaja dan ayah kamu terus menasihati saya untuk terus bersabar.

“Jadi kamu pergi hasut/gunakan ibu bapa saya pula untuk menyokong cara tak baik kamu menyerang suami,” ujarnya.

Pada masa sama, Syamsul meminta supaya isterinya itu menerima Qada dan Qadar bahawa dia telah berkahwin lain dan tidak mahu Puteri Sarah mempunyai dendam kesumat.

Malah, dia juga menegaskan sedia untuk berpisah dengan isterinya secara baik sekiranya Puteri Sarah tidak dapat menerima poligami.

“Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah, janganlah beddendam kesumat hingga ke tahap ini. Ia akan makan diri dan masa depan anak-anak kita.

“Kamu tak terima poligami takpa, kita berpisah secara baik… bukan dengan cara ugut suami dan canang di sosial media berpura-pura konon kamu isteri solehah yang dianiaya.

“Ya, kita berdua ada kesilapan masing-masing Sarah… Jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah cara baik dan aman. Demi anak-anak kita,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Jangan Bagitahu Orang Okey…” – Syamsul Yusof Dedah Puteri Sarah Sendiri Mengaku Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.