Ads Top

“Thank You For This Cacat Kekal Di Muka Aku…” – Shuhada Luah Perasaan Selepas Insiden Ditumbuk Hafidz Roshdi

Sejak semalam kecoh mengenai bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengalami kecederaan ditumbuk di bahagian muka.

Malah, keluarga kepada Shuhada juga mengesahkan bahawa Hafidz adalah individu yang menumbuk Shuhada serta laporan polis juga sudah dibuat.

Yang terbaharu, menerusi satu posting di Insta Story, Shuhada telah menemplak bekas suaminya itu dengan menyatakan Hafidz akan mendapat kifarah atas apa yang berlaku.

“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang. And kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia teruskan.

“Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras.. thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda dan anda,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan yang memiliki dua orang cahaya mata didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita bernama Athirah Yuhada.

Malah, wanita berkenaan pernah membuat kenyataan permohonan maaf dan menegaskan untuk tidak menghubungi pelakon itu lagi. – KopiPlanet.com

The post “Thank You For This Cacat Kekal Di Muka Aku…” – Shuhada Luah Perasaan Selepas Insiden Ditumbuk Hafidz Roshdi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.