Filem Pulau Kena Banned, Tidak Dibenarkan Ditayangkan Di Terengganu
Filem yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Pulau sekali lagi menerima tamparan hebat apabila tidak dibenarkan ditayangkan di negeri Terengganu.
Ia berdasarkan satu surat menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke-4 tahun 2023 yang bersidang pada 25 Januari lalu.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil maklum penayangan filem Pulau di pawagam-pawagam di seluruh negeri yang dijadualkan pada 9 Mac 2023.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju penayangan filem tersebut tidak dibenarkan di negeri memandangkan terdapat unsur-unsur yang mendedahkan adegan-adegan keterlaluan,” menurut isi surat berkenaan.
Setakat ini, terdapat tiga buah panggung yang beroperasi di Terengganu iaitu satu di Kemaman dan dua lagi di Kuala Terengganu.
Sebelum ini, filem Pulau mendapat kritikan hebat apabila trailer filem berkenaan dimuat naik di laman sosial sehingga mendapat maklum balas ramai.
Malah, ada segelintir pihak juga yang mahukan filem tersebut dibatalkan tayangannya kerana dikatakan mengandungi unsur-unsur lucah. – KopiPlanet.com
The post Filem Pulau Kena Banned, Tidak Dibenarkan Ditayangkan Di Terengganu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: