Ads Top

Diharamkan Tayangan Di Terengganu, Penerbit Filem Pulau Akan Hantar Surat Rayuan Kepada Kerajaan Negeri

Berhadapan dengan pelbagai kontroversi, filem Pulau terpaksa mengalami kerugian sebanyak RM500,000 apabila ada penaja menarik diri.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh penerbitnya, Fred Chong yang menyatakan ia berpunca daripada pandangan negatif yang dilemparkan terhadap filem berkenaan.

“Tidak dinafikan filem ini mendapat maklumbalas yang negatif, biarpun belum lagi ditayangkan di pawagam.

“Bermacam-macam tohmahan yang kami terima sehingga penaja menarik diri menyebabkan kami kerugian sebanyak RM500,000,” ujarnya.

Sebelum ini, filem tersebut mendapat kritikan ramai apabila trailernya dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Filem berkenaan dikatakan mempunyai unsur-unsur lucah, malah kerajaan Terengganu tidak membenarkan tayangannya di negeri tersebut.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Fred berkata pihaknya kecewa dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang mengambil keputusan tergesa-gesa menyekat tayangan filem tersebut.

Jelasnya, keputusan yang dibuat adalah berdasarkan khabar angin sahaja sebelum menonton filem sebenar dahulu, sedangkan filem Pulau telah mendapat kelulusan Wajib Tayang.

“Kami bimbang pada masa akan datang industri filem negara dan hak kebebasan anak seni tanah air untuk berkarya bakal disekat.

“Sebagai langkah seterusnya, kami akan menghantar surat rayuan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dan berharap agar pihak kerajaan negeri boleh menonton filem ini terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Diharamkan Tayangan Di Terengganu, Penerbit Filem Pulau Akan Hantar Surat Rayuan Kepada Kerajaan Negeri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.