Muat Naik Video Berpimpin Tangan Di Pekarangan Masjid, Nad Zainal & Ungku Ismail Sudah Bernikah?
Pasangan pelakok popular, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal mencetuskan tanda tanya ramai apabila masing-masing memuat naik hantaran video di Instagram sambil berpimpin tangan dan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan.
Ternyata tindakan kedua-duanya itu menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sudah mendirikan rumah tangga menerusi caption 23 Januari & 1 Rejab yang ditulis pada posting video berkenaan.
Pada masa sama, ramai rakan-rakan artis serta peminta turut mendoakan hari bahagia serta kesejahteraan mereka.
Selain itu, pada posting berkenaan turut disertakan nama jurusolek, penata busana, jurukamera dan juruvideo yang kebiasaannya dilakukan bagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan.
Sebelum ini, hubungan kedua-duanya diperkatakan apabila Ungku Ismail dilihat individu yang paling kerap memberitahu perkembangan ketika Nad Zainal dimasukkan ke hospital selama sebulan baru-baru ini. – KopiPlanet.com
The post Muat Naik Video Berpimpin Tangan Di Pekarangan Masjid, Nad Zainal & Ungku Ismail Sudah Bernikah? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: