Ads Top

Wajah Cantik & Kacak Lebih Penting Untuk Jadi Pelakon… Amerul Affendy Saran Agar Semua IPTA & IPTS Tamatkan Semua Kursus Lakonan

Pelakon Amerul Affendy menyarangkan agar semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) menamatkan semua kurus lakonan yang ada.

Ia susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit Datuk A. Aida yang mementingkan wajah yang cantik dan kacak untuk bergelar seorang pelakon.

“Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada.. tak baik scam bakal2 pelajar yang bersungguh2 berhabis duit mencari ilmu..

“Kerana bila ahli lembaga pengarah @FinasMy sudah keluar statement begini sudah tentu ramai yg ikut kan?,” luahnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aida yang juga Ahli Lembaga Pengarah Finas itu menyatakan bahawa wajah cantik dan kacak lebih penting memandangkan bakat boleh diasah.

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh penerbit berkenaan mendapat pelbagai reaksi ramai pihak, termasuk Amerul dan seorang lagi pelakon iaitu Azhan Rani.

“Dah nak hujung 2022, masih begini lagi mentaliti yang disokong finas? #roadtooscarkatanya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Wajah Cantik & Kacak Lebih Penting Untuk Jadi Pelakon… Amerul Affendy Saran Agar Semua IPTA & IPTS Tamatkan Semua Kursus Lakonan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.