Ads Top

Caprice Mengaku Jumpa Pakar Psikatari, Dedah Dirinya Alami Kemurungan & Insomnia

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan popular, mengakui pernah berjumpa dengan pakar psikatari sejak berumur 18 tahun.

Menerusi satu perkongsian video, Caprice mendedahkan dia berjumpa pakar psikatari apabila berhadapan dengan masalah kemurungan dan insomnia.

“Sejak umur 18 tahun saya ada berjumpa pakar psikatari berkenaan dua masalah yang dialami. Saya memang ada masalah kemurungan (anxiety). Saya punya kemurungan saya tidak boleh duduk diam.

“Saya perlu sentiasa bekerja dan bekerja. Kalau saya duduk diam, tangan saya akan menggigil dan akan mengalami panic attack,” dedahnya.

Selain itu, Caprice juga memberitahu bahawa dia turut memgalami masalah insomnia (sukar tidur malam) yang sangat membimbangkan.

“Saya memang sukar nak tidur malam apabila berhadapan dengan masalah insomnia. Setiap kali ia berlaku, saya terpaksa makan ubat tidur,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan yang mengatakan dia mengalami masalah mental Histrionic Personality Disorder (HPD), penyanyi itu memaklumkan dia akan melakukan diagnosis.

“Ada segelintir yang percaya bahawa saya mengalami HPD, jadi saya akan pergi membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta dalam masa terdekat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Caprice Mengaku Jumpa Pakar Psikatari, Dedah Dirinya Alami Kemurungan & Insomnia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.