Ads Top

Berlakon Filem Siku 12: Langkah Derhaka Beri Cabaran Tersendiri Buat Zahiril Adzim

Pelakon popular, Zahiril Adzim, menyatakan tempoh yang singkat untuk menjalani penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka memberikan cabaran tersendiri buat dirinya.

Zahiril berkata, penggambaran hanya selama 14 hari menang agak singkat, namun dia sebagai pelako telah berusaha membawakan watak lelaki siam, A-Wut dengan sebaik-baiknya.

“Kalau diikutkan, tempoh penggambaran memang agak singkat, malah pada peringkat awal projek ini adalah untuk supertelefilem. Saya tidak tahu ia diangkat sebagai filem untuk tayangan di pawagam dan mungkin penerbit melihat ia ada potensi apabila ditayangkan di panggung.

“Apapun saya sudah berikan yang terbaik dalam tempoh singkat dan masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Saya juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja komen penonton nanti,” katanya .

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut di Golden Screen Cinemas (GSC) Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain ini mengetengahkan elemen persilatan Melayu permainan 12 yang jarang diketahui umum dan seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai.

Bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 Okotober ini, Siku 12: Langkah Derhaka turut menampilkan Syafiq Kyle sebagai teraju utama.

Dalam pada itu, Zahiril menyatakan dia menerima tawaran melakonkan watak berkenaan kerana elemen persilatan langkah 12 dilihat mempunyai tarikan untuk diketengahkan kepada semua pihak, meskipun kurang dikenali ramai ketika ini.

“Apabila melihat tajuk filem ini sendiri saya rasa ia sangat menarik kerana sebelum ini, saya tidak tahu tentang kewujudan langkah 12. Ia merupakan perkara baru untuk saya pelajari.

“Saya harap filem ini dapat memperkenalkan seni silat berkenaan kepada ramai orang kerana keunikannya yang tersendiri,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Berlakon Filem Siku 12: Langkah Derhaka Beri Cabaran Tersendiri Buat Zahiril Adzim appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.