Dr Idzu Baharin Sebak & Terharu, Tidak Sangka Catat Jualan RM10 Juta Sehari Menerusi Program Alpha Celle, Life Anew
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang kini bergelar usahawan, Dr Idzu Baharin sebak dan tidak menjangka apabila berjaya mencatat RM10 juta dalam masa sehari menerusi jualan program Alpha Celle, Life Anew.
Dr Idzu, 41, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin berkata, Alpha Cell, Life Anew adalah program kesihatan yang memberi manfaat kepada orang ramai bermula dari pemeriksaan, penjagaan, kawalan hingga rawatan.
“Sejujurnya, tak menjangka boleh dapat RM10 juta sehari. Acara yang dibuat pada 16 Oktober lalu itu hanya pra pelancaran. Itu pun tiket habis terjual dan disebabkan permintaan ramai saya terpaksa buat di tempat yang lebih besar.
“Ketika pelancaran itu, tidak menjangka juga lebih 100 pengunjung yang mendaftar untuk mengikuti program Alpha Cell, Life Anew. Ia membuatkan saya sebak dan betul-betul tak menjangka.
“Ia memang sambutan luar biasa. Pada mulanya memang nak buat pengenalan saja. Tapi apabila ada yang mendaftar, maksudnya masih ramai yang mementingkan kesihatan sebelum sakit. Mereka ada kesedaran awal. Ia membuatkan saya gembira sebab ramai nak bertindak awal sebelum sakit,” katanya.
Menurutnya, program yang diwujudkan itu memberi nasihat merangkumi semua aspek kesihatan sebagai satu ikhtiar.
“Minta maaf cakap, dalam negara kita ramai yang bila dah sakit baru nak dapatkan rawatan. Buat pemeriksaan sangat jarang. Jadi, menerusi program ini kita sediakan semua.
“Jangan menyerah kalah, sebab kita ada teknologi untuk mencegah sebelum terjadi. Pakej ditawarkan juga murah dan dapat banyak manfaat. Kita menyediakan pusat kesihatan dan pakar untuk menjalankan program ini,” katanya.
Dalam masa sama, Idzu bakal membuat pelancaran secara rasmi dan besar-besaran program kesihatan itu dalam waktu terdekat selain menyasarkan 2,000 pendaftaran tahun depan.
“Bila dah ada sambutan luar biasa, saya lebih bersemangat nak melancarkan secara besar-besaran. Insya-Allah, dalam masa terdekat.
Dengan tawaran, manfaat dan lebih lagi. Kita juga merancang untuk mengadakan siri jelajah di seluruh negeri. Kalau boleh nak lebih ramai terbabit dalam program ini untuk sama-sama menjaga kesihatan.
“Kalau nak tahu, selepas pandemik Covid-19 ramai jatuh sakit. Sebab ketika itu duduk rumah saja, makan, dan tidak aktif. Jadi, itu semua beri memberikan kesan pada kesihatan. Mungkin sekarang tak rasa, akan datang tak tahu macam mana. Ketika itu mungkin sudah terlambat.
“Kita menyasarkan untuk membantu 2000 orang dengan mendaftar program ini pada 2023, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia bebas penyakit, hidup lebih sihat dan lebih lama,” katanya.
Dr Idzu adalah pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd yang mana ia adalah Syarikat Kejuruteraan Tisu pertama di Malaysia dan sudah tercatat dalam Malaysia Book of Record yang menghasilkan produk berasaskan sel dan tisu manusia. – KopiPlanet.com
The post Dr Idzu Baharin Sebak & Terharu, Tidak Sangka Catat Jualan RM10 Juta Sehari Menerusi Program Alpha Celle, Life Anew appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: