Ads Top

Sweet Qismina Kini Sah Bergelar Isteri Adam Lee, Terima Mas Kahwin RM2410.97 Simbolik Hari Ulang Tahun Kelahiran


Pasangan pelakon popular Sweet Qismina dan Adam Lee kini sah bergelar pasangan suami isteri setelah selamat bernikah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pada pada pukul 10.40 pagi tadi.

Pasangan berkenaan dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein. 

Dalam upacara pernikahan tersebut, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin RM2410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet. Nilai mas kahwin itu adalah simbolik pada tarikh lahir Sweet pada hari ini.

Lebih istimewa lagi, upacara pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media. 

Sebelum ini, Sweet dan Adam yang juga pelakon drama Bidadari Salju bertunang pada 24 Oktober tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24. – KopiPlanet.com

The post Sweet Qismina Kini Sah Bergelar Isteri Adam Lee, Terima Mas Kahwin RM2410.97 Simbolik Hari Ulang Tahun Kelahiran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.