Ads Top

Tomok Muncul Juara Mingguan, Tiada Penyingkiran Dibuat Pada Minggu Ke-6

Saingan Gegar Vaganza 9 (GV9) menyaksikan Tomok sekali muncul pemenang juara mingguan untuk minggu ke-6.

Merupakan peserta terakhir yang membuat persembahan, Tomok tampil dengan aksi memukau menerusi lagu Everybody yang dipopularkan kumpulan Backstreet Boys.

Mengekori rapat di kedudukan kedua pula adalah Jaclyn Victor menerusi lagu Bukan Rayuan Gombal, manakala Shila Amzah pula berada di tempat ketiga dengan persembahan lagu I Will Show You.

Sementara itu, Asheed Def Gab C yang berada dikedudukan terakhir pula terselamat setelah tiada penyingkiran dibuat pada minggu ke-6.

Seorang lagi peserta pula iaitu Dina Nadzir dikecualikan daripada membuah persembahan setelah kehilangan bapa tercinta hari ini. – KopiPlanet.com

Senarai Lagu Minggu Ke-7

1. Tomok –

2. Di Mana Kan Ku Cari Ganti – Jaclyn Victor

3. Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatiku – Shila Amzah

4. Kasih – Bob Yusof

5. Azizah – Haszrul Nizam

6. Belalaian Jiwa – VE

7. Hari Ini Dan Semalam – Fuad Rahman

8. Akhirnya Kini Pasti – Tom

9. Pagi Yang Gelap – Asheed Def Gab C

10. Lady Marmalede – Dina Nadzir

The post Tomok Muncul Juara Mingguan, Tiada Penyingkiran Dibuat Pada Minggu Ke-6 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.