Ads Top

Tiada Penyingkiran Saingan Minggu Keempat GV9, Pat Candy Terselamat Daripada Tersingkir

Saingan Gegar Vaganza 9 (GV9) dengan tema Aman Di Mata, Damai Di Hati menyaksikan tiada penyingkiran dibuat untuk minggu keempat.

Dengan keputusan tersebut, ia menyaksikan penyanyi Pat Candy yang menduduki tangga terakhir terselamat daripada disingkir.

Mempersembahkan lagu Kembara Di Tanah Gersang nyanyian asal A-Jawaher, Pat sekadar mendapat markah 55.60 peratus dan berada di tangga ke-11.

Manakala Tom pula yang menyanyikan lagu Hanya Satu berada di kedudukan kedua terakhir, sama seperti kedudukan pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Jaclyn Victor pula tampil dengan kelas yang tersendiri apabila muncul juara mingguan buat kali kedua menerusi lagu You Raise Me Up.

Mengekori rapat di tangga kedua pula adalah Bob Yusof yang mempersembahkan lagu Sumayyah dan kumpulan VE yang menyanyikan lagu Kaulah Segalanya berada di tangga ketiga.

GV9 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, manakala tiada juri jemputan untuk minggu kelima. – KopiPlanet.com

*Jumlah Markah Minggu Ke-4 GV9

1. Jaclyn Victor – 85.00 peratus

2. Bob Yusof – 82.00 peratus

3. VE – 79.10 peratus

4. Tomok – 77.60 peratus

5. Hazrul Nizam 75.70 peratus

6. Shila Amzah – 74.60 peratus

7. Dina Nadzir – 68.20 peratus

8. Fuad Rahman – 65.00 peratus

9. Asheed Def Gab C – 64.20 peratus

10. Tom – 58.50 peratus

11. Pat Candy – 55.60 peratus

The post Tiada Penyingkiran Saingan Minggu Keempat GV9, Pat Candy Terselamat Daripada Tersingkir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.