Ads Top

Pemenang Program Terpaling Juara Jadi Milik Rahmad Mega, Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000

Program terbitan TV3, Terpaling Juara yang memulakan musim pertama menyaksikan penyanyi Rahmad Mega muncul sebagai pemenang.

Berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Rahmad berhasil mengenepikan tiga lagi peserta pada aksi final dengan persembahan lagu Ku Akui dan Dipenjara Janji duet bersama kaptennya, penyanyi Hael Hussaini.

Dengan kemenangan itu sekaligus melayakkan Rahmad membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Seorang lagi peserta iaitu Aqmal Ramdan berjaya di kedudukan kedua dan memenangi hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga menjadi milik Hazami yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Program berkenaan menyaksikan Fauziah Latif dan Datuk Hattan bertindak selaku juri tetap, manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi juri jemputan yang mewakili 70 peratus markah manakala selebihnya undian penonton.

Pada peringkat final itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Floor88 dan Siti Nurhaliza.

Terpaling Juara musim pertama dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir. Ia turut disiarkan secara langsung di TV3.

Terpaling Juara mempertaruhkan 3 kapten yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij  untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL. – KopiPlanet.com

The post Pemenang Program Terpaling Juara Jadi Milik Rahmad Mega, Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.