Ads Top

Acara Legacy Rider 1.0 Kumpul Belia-Belia Yang Terlibat Dalam Sukan Permotoran Seluruh Malaysia, Turut Disertai Ramai Artis Popular

Acara Legacy Rider 1.0 merupakan sebuah program yang akan mengumpulkan belia-belia yang terlibat dalam sukan permotoran dari seluruh Malaysia.

Untuk julung kalinya, acara permotoran seperti ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan didampingi oleh Menteri Kewangan Malaysia YBM Tengku Zafrul dan YB Datuk Ikhwan Salim. Ini menunjukkan pendekatan kerajaan dalam mendekati golongan belia khususnya remaja yang terlibat dalam sukan permotoran.

Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama dari banyak pihak seperti Dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Todak, Tobaki, Suzuki dan banyak lagi.

Ia bakal diadakan pada 29 Oktober 2022 di Maeps, Serdang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan pelbagai acara menarik akan diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan kuda/ ATV, persembahan artis popular tanah air, ketibaan ikon-ikon media sosial bersama helikopter, serta pertandingan dyno dan autoshow sepanjang event berlangsung.

Malah, ia bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran ramai selebriti-selebriti tanah air, dan ikon-ikon media sosial seperti Faizal Hussein, Achey Raja Lawak, Afiq Shazwan, Johan Raja Lawak, Zul Huzaimy, Black Hanifah, Ajak Shiro, Farid Kamil, Tajul, Datuk Aliff Shukri dan Ustaz Ebit Lew.

Manakala ikon-ikon media sosial yang turut sama hadir untuk menyokong event ini antaranya; Muceedz, Dinda Maira, Zulfika Ahmad, Akim Rots, Ateynnlie, Fendy Blaze, Haqiem Stopa, Jas Aedin, Puteri Ibrahim, Cpix Swish, Ajack, Eikin Ibrahim, Abah Boss, Hamady Molik, Rudy GTB, Ahmad Syazwan, Sam KR, Wan Mieyol, Kechik Acoi, Ariff Ikhwan, Shah Kaizen, Kaki Besi, Fahmi JS, Roy PRM, Faten SR, Macem SG, Gaban Saleh, Dak Ajim, Bang Raf, Zaqtona, Khyrul VS dan ramai lagi.

Rata-rata ikon media sosial jemputan ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai di platform sosial mereka. Ini
menggalakkan lebih ramai lagi pengunjung untuk turut menghadiri acara Legacy Rider 1.0.

Jualan-jualan juga akan diadakan yang melibatkan sehingga 70-80 buah booth termasuk jualan basah (makanan dan minuman) dan jualan kering (pakaian dan sebagainya).

Pengarah Urusan GGR Machine M Sdn Bhd, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi yang juga penganjur berkata, pihaknya meramalkan event ini bakal mendapat sambutan yang melebihi 10,000 pengunjung bermotosikal.

“Berdasarkan jangkaan itu, kami menjemput pihak Malaysian Book of Record untuk menyaksikan dan mengesahkan sambutan yang dahsyat ini,” katanya.

Hal ini dapat disahkan lagi dengan kejayaan pasukan yang berjaya menjual sebanyak 10,000 helai baju yang dijual khas untuk event ini.

“Kami percaya program ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah dirancang yang bakal memberi manfaat kepada banyak pihak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Acara Legacy Rider 1.0 Kumpul Belia-Belia Yang Terlibat Dalam Sukan Permotoran Seluruh Malaysia, Turut Disertai Ramai Artis Popular appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.