Ads Top

PU Azman Hadapi Lima Tuduhan Lakukan Amang Seksual Ke Atas Dua Remaja Lelaki Bawah Umur

Pendakwah selebriti, PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur.

Menerusi laporan Bernama, PU Azman atau pemilik nama sebenar Azman Syah Alias, 41, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, di dalam tandas dan ruang tamu sebuah rumah di taman perumahan dekat Labu, Nilai antara pukul 3.00 hingga 5.00 pagi pada 6 Julai lalu.

Tertuduh juga menghadapi dua pertuduhan sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam bilik tidur antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 5 Feb dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 5 pagi, 6 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dilarang daripada mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai, selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 8 Disember lalu. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Bernama

The post PU Azman Hadapi Lima Tuduhan Lakukan Amang Seksual Ke Atas Dua Remaja Lelaki Bawah Umur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.