Ads Top

“Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia…” – Neelofa Rasa Kecewa Gambar Wajah Anaknya Diubah

Setelah meluahkan rasa tersinggung, usahawan selebriti popular, Neelofa meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan segelintir individu yang mengedit wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Menerusi satu perkongsiang di Instagram, gara-gara perbuatan berkenaan dia mendapat banyak komen-komen jahat yang ditujukan kepada anaknya itu.

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu.

“Dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa. Allahuakhbar,” luahnya.

Baru-baru ini, usahawan itu mengakui agak tersinggung apabila ada individu yang telah menyebarkan gambar wajah anaknya menerusi sosial media.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengingatkan agar tidak melampau dengan melakukan perkara sedemikian untuk memuaskan kehendak hati.

“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/mengedit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. Benda ni dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik.

“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia…” – Neelofa Rasa Kecewa Gambar Wajah Anaknya Diubah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.