Ads Top

Rakaman CCTV Rizky Baling Bola Snuker Ke Arah Lesti Kejora Kini Tersebar

Setelah melalui pelbagai kontroversi, kini muncul pula kisah baharu apabila rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan Rizky Billar membaling bola snuker ke arah isterinya, Lesti Kejora telah tersebar.

Menerusi rakaman berkenaan, Rizky dilihat berdiri berdekatan meja snuker membaling bola ke arah isterinya, tetapi balingan tersebut tersasar.

Apa yang lebih menarik perhatian, insiden berkenaan turut disaksikan beberapa individu lain yang turut berada di lokasi kejadian. 

Dalam pada itu, peguam Rizky iaitu Surya Darma Simbolon memaklumkan, anak guamnya tidak berniat mencederakan Lesti, namun sekadar mahu menggertak isterinya itu.

Pada minggu lalu, Lesti yang juga seorang penyanyi dangdut berhijab itu mendakwa suaminya berlaku curang sehingga berlaku pergaduhan membabitkan mereka berdua.

Malah, Rizky yang juga seorang pelakon itu turut didakwa bertindak agresif dengan memukul dan mencekik leher isterinya sehingga terjatuh ke lantai. – KopiPlanet.com

The post Rakaman CCTV Rizky Baling Bola Snuker Ke Arah Lesti Kejora Kini Tersebar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.