Selepas 16 Tahun Hidup Sendiri, Mas Idayu Kini Kembali Bergelar Isteri
Selepas 16 Tahun menjalani kehidupan sendiri, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu Akhirnya kembali bergelar seorang isteri.
Dengan sekali lafaz, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Quill Hall.
Pasangan berkenaan dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat itu menyaksikan Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, menerima mas kahwin RM1,001 selain dulang hantaran tujuh berbalas lima.
Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.
“Alhamdulillah saya bersyukur majlis berjalan lancar.
“Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan peminat yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini,” katanya kepada MH.
Teruja akhirnya kembali memegang status isteri selepas lebih 16 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Secara keseluruhan, majlis akad nikah serta resepsi yang akan diadakan pada malam ini mencecah nilai tajaan sebanyak RM8 juta.
Majlis resepsi bertemakan fantasi itu juga nanti bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada malam ini.
Penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.
The post Selepas 16 Tahun Hidup Sendiri, Mas Idayu Kini Kembali Bergelar Isteri appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: